Thursday, June 18, 2009

MALAM RINDU JOHOR - sayangi KPIJ

salamunalaik...


Alhamdulilah, program Malam rindu Johor selesai dengan jayanya. Walaupun berkesempatan ke Pusat Asasi PJ sahaja namun tidak bermakna adik-adik di nilai dilupakan, maaf dari akak buat kalian semua,insyaALLAH, di lain masa, kita bersua kembali. Program yang berobjektifkan ukuwwah dan pengenalan kepada saf kepimpinan di PJ dan gombak selain merupakan program susulan selepas Malam Tautan Anak-anak johor dapat dilaksanakan dengan bantuan pelbagai pihak. Merangkap selaku ad hoc "trainers" pada malam tersebut, amanah yang diberi, dilaksanakan sebaiknya, alhamdulilah,bermula dengan alunan asmaul-husna,diikuti lagu negeri johor,kemudian, bertaaruf secara mass, sedikit pengenalan tentang Kesatuan Pelajar Islam Johor, diikuti ucapan alu-aluan dari YDP kpij Pj seterusnya acara yang dinanti-nantikan oleh peserta iaitu BBQ. Usai berBBQ, Pengenalan saf pimpinan dan sesi muzakarah dan akhirnya, berkumpul mengikut akademi yang bernaung di bawah kpij-insan, eksplorasi, dinar,prihatin.

Pelbagai idea diperoleh bagi merangka program yang bakal di laksanakan kelak selain usrah unit juga berjalan seperti biasa yang bernaqib&naqibah dari pimpinan kpij gombak. Sasaran kpij pada kali ini adalah untuk sekurang-kurangnya satu program dapat dilaksanakan oleh setiap akademi yang bertujuan untuk melatih adik-adik yang baru membiasakan diri dengan budaya kerja yang lebih tersusun selain proses tarbiyyah dari semasa ka semasa,insyaALLAH. Muktamar KPIJ Pusat juga akan berlansung tidak lama lagi(27,28) bermula dengan kursus pengurusan jenazah yang akan diadakan di masjid bagan darat, Rengit dan juga di sebelah malamnya, bacaan tahlil bagi Allahyarham ustaz Manan(Pengasas KPIJ) dan pada keesokkan harinya, bermuktamar... semoga segalanya berjalan lancar dan akhirnya, "saya saayaaaang KPIJ"

~hadith nabi s.a.w:

"Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"










2 comments:

Lukluk Baidoa said...

salam elaik..ade krsus pgurusan jenazah ea...nak ikut!! nk join!!

qismi said...

nak ekot?boleh silakan..maklumkan sebelum hari kejadian yea..hehe