Sunday, June 21, 2009

Demam exam datang lagi!!!


salamunalaik...

Demam final exam datang lagi. Esok bermulalah sketsa peperangan otak untuk menjawab soalan exam. Seperti biasa, persediaan awal di buat walaupun hakikatnya tak la seawal mana memandangkan semester pendek ni banyak masa dihabiskan dengan program tidak kira pkpim mahupun kpij,ke dua-duanya perlu di utamakan. Bukanlah bermaksud pelajaran diketepikan, tetapi ada masanya yang lebih utama didahulukan. Untuk sem ni dua subjek yang diambil,pertama, bureaucracy and policy implementation dan keduanya, principle and Fundamental Accounting. Keduanya memerlukan ketekunan yang lebih kerana memerlukan penaakulan otak kiri dan kanan, perlu seimbang agar otak tidak menjadi "krem".

Sempat lagi menulis di blog ni, sekadar mengisi masa rehat yang ada.hee~ tak sabar nak menghabiskan 2 paper ni. Usai final exam, perlu pulang ke jb dengan kadar segera, memandangkan ada urusan yang perlu diselesaikan dan ditambah pula dengan Muktamar KPIJ PUSAT pada 27&28 hb ni. Semoga semuanya berjalan lancar. Buat adik2 yang dapat melanjutkan pelajaran ke Menara gading, Tahniah dan selamat menjalanai kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan siswi, dan yang berjaya ke Taman Ilmu dan Budi ini, tahniah dan selamat datang ke keluarga besar kami, semoga dengan kemasukan kalian di sini dapat kita bersama-sama meneruskan risalah nubuwwah ini...

akhirnya, berikut merupakan jadual final exam untuk semester ini. Doakan kejayaan bersama dan jutaan ampun dan maaf dipinta kepada pihak-pihak yang mungkin terasa dengan segala perbuatan yang kurang menyenangkan secara lansung mahupun tidak.

~Selasa 23/6/09 Bureaucracy & Policy implementation 9AM BANQUET CAC
~Rabu 24/6/09 Principle and Fundamental Accounting 9AM MAIN HALL CAC