Tuesday, June 30, 2009

5 prinsip ukuwwah- siri 1

salamunalaik...

selamat bersua kembali, ketika ini berada di bumi kelahiran sendiri,Johor Bahru. Baru pulang dari Muktamar KPIJ dan Kursus Pengurusan Jenazah di Kg sungai Bagan, Rengit, Batu Pahat, Johor.
Alhamdulilah, semuanya berjalan seperti di rancang walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki. Keletihan masih belum hilang sepenuhnya namun mengenangkan kenangan yang manis dan pengalaman yang diperolehi membuatkan diri tidak terlalu menghiraukan kepenatan diri. Bermula pulang dari Kuala Lumpur pada 25 hb yang lepas, hanya menghabiskan masa di rumah memandangkan hari minggu perlu ke Muktamar, masa yang ada di isi bersama keluarga tercinta. Sempat sekeluarga makan "besar" bersama di Restoran Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Menu Utama:tomyam, ikan masak tiga rasa, khailan ikan masin, telur bungkus, sotong dan udang goreng tepung, otak-otak kempas, daging goreng dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Alhamdulilah, perut terisi dengan padatnya.hee~ sudah lama rasanya tidak bersama dalam aktiviti keluarga, kerana mungkin banyak masa di habiskan di kampus dan program, tapi syukur pada Tuhan, Ibu dan Ayah memberi keizinan untuk terlibat secara lansung dengan jalan yang aku pilih cuma mungkin terkadang aku terpaksa tahan telinga dengan bebelan ibu.. faham-faham sajalah. Banyak cerita dikongsi bersama terutama masa kenduri perkahwinan sepupuku di Melaka baru-baru ni, namun aku hanya "tumpang gelak" dengan cerita yang dicerita kerananya aku tidak dapat bersama ketika itu. Apapun, aku bersyukur dengan anugerah dari yang Maha Esa ini, sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Usai makan, kami ke Pantai teluk Jawa, melihat keindahan malam dan pulang ke rumah sekitar jam 12 malam

Keesokkan harinya, aku dan angah perlu bergegas ke Rengit, oleh kerana, tidur agak lewat malam itu, kami terjaga agak lewat, sekitar 6.15 pagi baru terjaga dan keadaan di rumah jadi kelam kabut ditambah dengan "Black out". wah, apa lagi mulalah masing-masing salahkan TNB.
Kemudian, kami segera ke Anjung Pulai Perdana untuk menunggu Abg Zai dan yang lain untuk berkonvoi bersama. Oleh kerana mesyuarat Helwa juga berlansung di tempat yang sama, maka, kami bergerak secara jamai'e. Sampai di tempat kejadian sekitar jam 10 pagi, kelihatan sahabat-sahabat kpij lain membuat persiapan terakhir. Muktamar bermula agak lewat namun kehadiran boleh aku simpulkan dengan "memuaskan". Abang-abang dari ABIM johor turut bersama dan juga Kak Akma& kak Syafa selaku wakil dari PKPIM pusat. Muktamar berlansung dengan jayanya,untuk mengetahui kisah lebih lanjut, klik disini

Seusai muktamar, ramai yang pulang ke destinasi masing-masing, ke kl, jb, dan sebagainya. Aku? masih lagi di sana untuk sesi tahlil pada malam tersebut. Sempat juga jalan-jalan di sekitar pontian bersama kak sara dan Kak Jamilah untuk menghantar Islinda di Stesen bas pontian. kemudian, kami semua ke Rumah YDP baru kpij, Saudara Khairullah. Semua berkumpul di sana seolah-olah satu keluarga yang besar. kakak dan Abang ABIM, aliemran, hanis, azam, hadi, aku,kak sara,kak jamilah, Kami semua mengabadikan kenangan bersama Kambing-kambing ternakan khairullah.hee~ kemudian, kami makan malam jamai'e di rumah Khair sebelum pulang ke Masjid Bagan semula bagi majlis tahlil pada malam bersama masyarakat kampung.

Majlis tahlil dibuat secara ringkas selepas isya' dan sedikit hidangan disediakan bagi jemaah-jemaah yang hadir. Usai bertahlil, abang zai dan rombongannya pulang ke jb dan yang tinggal hanyalah sahabat-sahabat kpij. Muslimin menginap di rumah hadi dan Muslimat bermalam di rumah Kak Rahmah(berhadapan dengan masjid) cerita selanjutnya~b.e.r.s.a.m.b.u.n.g...

No comments: