Assalammualaikum..lama rasanya tak menghadap laptop ni dan mencoretkan sesuatu..terasa agak ketinggalan dengan sahabat2 lain yang bersungguh2 dalam menyebarkan dakwah di alam maya ni..semuanya dengan keizinzan dariNYA, alhamdulilah,semoga usaha kalian dihitung oleh si pencipta. Sebenarnya bukanlah tidak mahu mencoretkan apa2 cumanya mungkin belum diizinkan sebelum ini dan hari ini, nyatanya, aku berada di hadapan laptopku untuk meneruskan tinta2 bagi tatapan sahabat semua. Sekadar pengkongsian pengalaman cuti 2minggu di rumah, aku di uji dengan pelbagai cabaran yang kadangkala ku rasakan tidak mampu ku pikul,tetapi aku masih mampu menilai akan kekuasaan yang maha esa dan hanya menggangap semua cabaran yang hadir adalah ujian buatku dan dengan cara ini, tahap keimananku di uji..terima kasih Ya Allah, atas ujian bagi insan yang terpilih ini.. Baru -baru ini aku menemani sahabat kakakku ke hospital pakar puteri di johor bahru untuk menjalani rawatan dialisis. Dialisis adalah rawatan bagi pesakit yang menghidap sakit buah pinggang yang berada dalam kondisi yang boleh dianggap kritikal. Pada mulanya aku agak keberatan untuk turut menemani kakakku kerana pernah satu ketika ibu menceritakan padaku bagaimana proses dialisis ini dijalankan. Hampir sejam aku berfikir, dan akhirnya aku membuat keputuan untuk ke sana..
Sesampainya di sana, kami diminta bersama- sama si pesakit untuk melihat sendiri proses ini dijalankan. Rasa gementar seluruh anggota badanku apabila terpandang sebuah mesin yang sederhana besarnya dengan wayar yang berselirat, tak dapatku bayangkan bagaimana penderitaan yang di tanggung oleh pesakit yang menghidap penyakit ini..syukur ke hadrat mu ya Allah, masih ada penawar dan kaedah bagi membantu insan- insan ini..menitis air mataku apabila seorang jururawat memasukan jarum yang besar ke tangan si pesakit yang ku lihat bengkak dek kekerapan jarum yang di suntik di tempat yang sama..menjerit si pesakit tadi kerana kesakitan yang amat..xsanggup aku melihatnya.. darah pekat mengalir laju di tiub yang di smbungkan ke mesin tersebut. Aku membuat analisis sndiri bahawa konsep mesin ini seperti berbekam,cuma bezanya berbekam membuang darah- darah yang kotor dalam badan,tetapi mesin ini meneutralkan atau mencuci aliran darah kotor tadi supaya tidak dijangkiti kuman...terdetik seketika di benakku sekiranya aku kini di tempat mereka. Sanggupkah aku lalui saat- saat getir sebegini.Bersyukur ku panjatkan padamu Ya Rabb kerana jika tidak mungkin aku seperti mereka, sewaktu usiaku 14 tahun aku dimasukkan ke wad hospital selama seminggu kerana anggota badanku membengkak dan ini tanda2 awal seorang yang menhidap penyakit tersebut. Namun, alhamdulilah, segalanya takdir ilahi, aku sihat sehingga kini bagi meneruskan perjuangan yang tiada hentinya...ku lihat keadaan sekelilingku..suram..sedih melihat keadaan si pesakit.proses ini memakan masa hampr 4 jam dan ini benar2 menguji kesabaranku..sempat juga ku bacakan beberapa potong ayat al-quran buat penenang pesakit tadi..sekali lagi menitis air mata ini dan kurasakan tidak mampu untuk mengucapkan sebarang kata melihatkan seorang pakcik yang batuk tiada hentinya sehingga termuntah2..menurt sahabat kakakku. kandungan air dalam badan pakcik tersebut agak tinggi dan ini menyukarkan pengaliran air baru dalam badan..melihatkan keadaannya, aku beristighfar panjang dan menginsafi diri ini.
Aku kemudianya berbual dengan sahabat kakakku bagaimana dia boleh mengidap penyakit ini..SubhanaAllah, keajaibanNYA, walaupun hampir 3 tahun derita penyakit ini, namun aku lihat fizikalnya tidak menunjukkan yaang dia seorang pesakit buah pinggang. Badannya tak membengkak seperti pesakit lain, beliau masih boleh berlari ke sana ke mari meneruskan hidupnya.. aku di beritahu olehnya yang beliau terpaksa menjalani rawatan ini 3 kali seminggu dan bayaran bagi setiap rawatan mencecah RM 300..sempatku berfikir jika insan yang menghidap penyakit ini dan kurang mampu untuk menjalani rawatan sebegni..Tidak hairanlah jika tanah sanggup digadaikan bagi membayar rawatan ini. Aku tidak tahu bagaimana mahu ku gambarkan perasaan ini..pelbagai persoalan berpusu-pusu masuk di mindaku... sedikit kata-kata semangat buatnya agar beliau terus bersabar dan kuat untuk meneruskan hidup yang mendatang...doaku....semoga insan-insan yang diuji dengan kesakitan yang sebegini agar terus cekal dalam menghadapi mehnah dunia yang pastinya akan ada ganjaran bagi insan yang berusaha dan berlindung di bawah lindunganNya...jangan sesekali jadikan kesakitan yang ditanggung sebagai beban yang berat,anggaplah ia umpama hadiah yang istimewa dariNya buat hamba yang dikasihi...
2 comments:
may Allah bless us and our brotherhoods with His baraqah to our life.. remember, life is beautiful.. if U believe it so..
"when the going gets tough, the tough gets going"
keep 'this', ok..
(",)
sihat sebelum sakit
Post a Comment