Thursday, July 3, 2008

wanita istimewa

Seorang gadis itu yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ... seorang gadis itu ... hatinya penuh manja, penuh kasih sayang semuanya, cinta untuk diberi ... kasih untuk dirasa ... namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong , pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ... seorang gadis itu ... teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap nikmatNya ... seorang gadis itu ... bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ... seorang gadis itu ... bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahaya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah . seorang gadis itu ...perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan cinta Rabbnya, dengan rindu Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah dan juga RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ... seorang gadis itu ... melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ... seorang gadis itu ... yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerana dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ...kerana seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, nikmat hakiki seorang hamba, dari Allah yang menciptakan, dari Allah yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia! seorang gadis itu ... tinggallah di dunia, sebagai ábidah, da'ieyah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ... seorang gadis itu ... moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga ar-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI! amin....

Di dalam kitab Jawahirul Bukhari ada meriwayatkan bahawa Hassan Basri sewaktu mudanya gemar memakai pakaian yang cantik dan kemas lalu berjalan di sekitar kota Basrah. Pada suatu hari, sedang dia berjalan itu terpandanglah pada seorang wanita yang amat cantik lalu dia terus mengekorinya. Bila wanita itu menyedari ada orang yang mengekorinya, dia pun berkata, "Wahai orang muda! mengapakah kamu mengekoriku, tidak malukah kamu kepada ALLAH ?". Jawab Hassan, "Sebenarnya aku terpikat pada matamu yang cantik itu."

Jawab puteri tersebut, "Baiklah kerana kamu cintakan mataku ini, tunggulah kamu sebentar lagi akanku berikan apa yang kamu mahukan itu." Puteri itu pun berlalu. Sebentar kemudian, datanglah seorang pembantunya menghampiri Hassan Basri dan memberikannya satu bungkusan.

Setelah dibuka bungkusan itu, amatlah terperanjatnya Hassan Basri melihatkan sepasang mata di dalamnya. Berkata amah itu, "Tuan puteriku tidak memerlukan mata yang menyebabkan kamu terpikat padanya." Bergementarlah tubuh badan Hassan Basri apabila menyedari kesalahannya.

Pada keesokkan harinya dia pun pergi ke rumah tuan puteri itu untuk meminta maaf di atas kesalahannya. Lalu dia diberitahukan yang tuan puteri tersebut telah meninggal dunia. Menangislah Hassan Basri 3 hari 3 malam. Pada malam yang ketiga, dia telah bermimpi bertemu dengan puteri tersebut. Berkata Hassan, "Maafkanlah kesalahanku itu, dan berikanlah aku satu nasihat." Jawab tuan puteri, "Dengarkanlah nasihatku ini, bila kamu bersendirian hendaklah kamu mengingati Allah, berzikir, beristighfar, mohonlah keampunan pada ALLAH dan bertaubatlah kamu kepadanya."

Mampukah aku????

"Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?Agung cintanya pada Allah dan RasulullahHartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillahPenawar hati kekasih AllahSusah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?Isteri Rasulullah yang bijakPendorong kesusahan dan penderitaanTiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air matakuMelihat pegorbanan puteri solehah Siti FatimahAkur dalam setiap perintahTaat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuangTiada memiliki harta duniaLayaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marahInginku intip serpihan sabarDari catatan hidup Siti Sarah....Tabah jiwakuSetabah umi Nabi IsmailMengendong bayinya yang masih merahMencari air penghilang dahagaDi terik padang pasir merakDitinggalkan suami akur tanpa bantahPengharapannya hanya pada AllahItulah wanita Siti Hajar....
Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah permaisuri hidup Nabi Ayub….pasrah dengan dugaan Tuhannya….walau pernah tersungkur kerana jerat syaitan…namun ia kembalikerana iman yang kuat…telah dijanjikan syurga adalah balasannya….bahagia adalah miliknya…Mampukah aku menjadi wanita solehah?Mati dalam keunggulan imanBersinar indah, harum tersebarBagai wanginya pusara Masyitah....

BINGKISAN UNTUK ADAM....

Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan. Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu. Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara. Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya. Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku? Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid b*d*h, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa? Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah. Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.

No comments: