Sunday, September 13, 2009

Ramadhan...

kau hadir dengan sebuah pengharapan baru....
buat insan yang alpa dengan kenikmatan dunia...
untuk menilai diri dan usia...
agar amalan kali ini di terima...

hadirmu mengisi makna kekosongan hati
buat si anak yang mahukan kehidupan
seperti insan biasa....
buat si kaya beramal pada syariat yang dituntut
buat si miskin yang ingin menikmati kesenangan walaupun sekejap cuma...

kehadiranmu membuat si warak ternanti-nanti...
akan indahnya sebuah malam yang terisi di dada al-quran..
sebuah malam yang penuh baraqah dan kenikmatan yang DIA berikan..
untuk lebih memotivasi diri dan istiqamah sebagai peribadi mukmin yang sejati..


namun, penantianku sampai ke penghujungnya...kau hadir seketika cuma..
titisan air mata yang mengalir tanda kasihku pada yang Maha Agung...
mengurniakan nikmat untuk merasai ramadhan kali ini...
namun, apakah ada lagi ramadhan buatku??
sampai bila nadi ini akan terus berdenyut, apakah cukup amalan yang dilakukan
sepanjang tempoh ini..
masihkah aku terus lalai dan hanyut dengan dongengan duniawi??
Ya Rabb..kepadamu hambamu ini memohon keampunan...kurniakanlah ketenangan dan kenikmatan buat diri untuk merasai sisa-sisa ramadhan kali ini...
agar aku terus utuh melaksanakan syariatMu...
supaya bisa diri ini menadah tangan memohon pertolongan dari Mu..
supaya aku bisa berdiri untuk menegakkan panji-panji perjuanganMu...


Lantas, ke mana akan ku pergi selepas ini???
cukupkah amalanku hanya pada bulan ini sahaja
cukupkah pengharapanku pada tingkat ini sahaja...
aku perlu bangkit untuk mengecapi mardhatillah Mu..
Ya Muhaimin, Ya Rahman, Ya Rahim...
kuatkanlah diriku agar aku mampu melaksanakan misi ma'ruf..
dan mencegah yang mungkar...
agar bisa di semai di serata alam
demi ISLAM yang tercinta....



::Hidup Islam, Hidup Biar Berjasa, Rahmatan Lil Alamin, Membina Tamadun Khaira' Ummah::

No comments: