selamat bersua kembali..
Alhamdulilah, baru sahaja selesai Malam tautan KPIJ kampus PJ dan Nilai,
bersyukur ke hadrat ilahi masih dikurniakan kudrat untuk bersama-sama dengan adik-adik untuk meneruskan misi dakwah ang tak kenal erti penat ini. Teringat kata- kata Cikgu Sidek Baba, seorang yang bergelar dai'e perlu tanamkan sifat seperti air dan asap yang mencair dan meresap yang membawa maksud,seorang pendakwah perlu berperanan tidak kira di mana berada walaupun dikala kesusahan di negara orang. Seorang pendakwah perlu mencair dan meresap di serata masyarakat yang berlainan latar belakang. Mad'u yang bermacam latar belakang mengajar seorang dai'e untuk lebih mengenali makna kehidupan yang sebenar dan makna penciptaan seorang yang bergelar insan dan khalifah. Malam tautan Anak Negeri merupakan acara wajib bagi setiap anak negeri sebaik sahaja Taaruf Week selesai. Menyingkap kembali sejarah ketika menjadi hewi merangkap YDPAH kpij matrik dulu, pelbagai kenangan dan peristiwa yang tidak mungkin dilupakan, namun, Allah itu maha adil, keupayaan manusia tidak boleh diukur sendiri berdasarkan benchmark yang diri sendiri letakkan, hanya yang Maha Esa sahaja mengetahui nilai keupayaan diri sendiri. Namun, hari ini, aku berbangga dengan pencapaian adik-adikku yang berjaya mengatur pelbagai agenda demi menjaga wadah ini agar terus dimakmurkan oleh anak-anak johor. Terima kasih buat semua,semoga ALLAH akan membalas segalanya. Untuk malam tautan kpij PJ kali ini, insyaALLAH, aku mengalas tugas yang berat iaitu sebagai naqibah bagi adik-adik yang baru bersama-sama kak Fa dan Islinda. Sekalung penghargaan buat Syafuad dan Hidayah serta pimpinan kpij Pj memberi kepercayaan buat kami untuk sama-sama melatih mereka supaya menjadi insan Rabbani. Bagi adik-adik di Nilai, kalian tidak akan dilupakan, Kak Sara, Ada Hikmah dan Sakinah akan bersama hewi-hewi di sana. Pembahagian tugas penting bagi melancarkan tugas masing-masing.
Program susulan akan menyusul. Hari ini, Program Menara Gading Kebangsaan masih berlansung, adik-adik yang didatangkan khas dr johor(satu bas) datang bagi mendapat pengisian rohaniah-idealisme. Persoalannya, bagaimana langkah yang terbaik untuk mengkader adik-adik ini agar tidak tercicir dari landasan yang benar. Kekuatan dan dokongan perlu ada bagi membantuku terus semangat dan istiqamah di jalan ini. Situasi di johor juga perlu difikirkan. Selamat bermuktamar buat ABIM JOHOR pada 13 hb ini. Salam tahniah&takziah buat saf2 Qiyadah yang baru. Muktamar KPIJ PUSAT akan menyusul selepas muktamar abim johor. Semoga kata sepakat dapat dicapai dan hubungan antara kedua-dua pihak dapat dikekalkan.
Akhirnya, SELAMAT MENJADI WARGA KPIJ buat adik-adik yang baru mengenali dan sayangilah KPIJ~
~HIDUP ISLAM~

1 comment:
thanks sebab membantu untuk malam tautan..
YDPAH... best gak gelaran..hehehe..
Post a Comment