Saturday, June 6, 2009

Idealisme-Aktivisme

Salamunalaik..

Selamat bersua kembali, masih sibuk menguruskan urusan bergelar pelajar, insan dan khalifah..
cuba untuk menstabilkan diri dari kesihatan yang tak menentu. Maaf pada pembaca di ruangan ini kerana entri yang berbaur emosi. Berbicara soal pelajaran, di saat ini, aku cuba untuk menyiapkan assignment seberapa segera yang mungkin dan mencari peluang untuk membuat consultation hour dengan lecturer. Subjek Accounting yang memerlukan latihan dan pemahaman membuatkan aku agak sukar untuk catch up pelajaran yang diajarkan. Soal program, banyak program yang aku perlu hadiri sepanjang semester pendek ini. semalam 5bh aku turut sama mengikuti Kelab pemikir muda ke Educational Trip di Memorial Tun Hussein Onn. Banyak input yang diperolehi. Tabik "spring" buat Haji Norasid yang layak aku labelkan sebagai motivator. Banyak tips yang diberi untuk menjadi Pemimpin yang baik. Bermonolog sendirian apabila teringatkan anaknya ALIEMRAN yang sama seperti ayahnya yang petah berkata- kata.Like Father like son. Perbentangan dari setiap kumpulan membuatku lebih mengenali Ketokohan Tun Hussein Onn. Terima kasih buat Saudara Amir yang membuka mata kami dengan membentangkan perbentangan yang berlainan dengan pembentang lain. Setuju dengan pandangan beliau apabila kerangka pemikiran seorang tokoh yang patut diberi keutamaan lebih dari aspek lain seperti politik. Teori yang dinyatakan oleh Prof Naquib Al-Attas juga berkaitan intelektualisme menyedarkan mahasiswa tentang pentingnya untuk berfikir luar dari kotak pemikiran biasa. Tidak diragukan ketokohan Tun Hussein Onn yang membawa gelaran Bapa Perpaduan kepada Malaysia. Pelbagai sumbangan beliau yang perlu kita ketahui seperti membuka Hospital Mata Tun Hussein Onn, Memperkenalkan Amanah Saham Nasional dan membuka sekolah-sekolah asrama dan teknik. Suka untuk mengambil konotasi yang telah dibentangkan beliau " Takkan ada Kemerdekaan, tanpa Perpaduan, takkan ada pemodenan tanpa Perpaduan, maka perpaduan kunci kepada kegemilangan negara". Sifat pendiam tetapi tegas membuatkan Tun Hussein Onn seorang negarawan yang dihormati rakyat jelata.

Seusai dari Trip ke Memorial Tun Hussein Onn, malamnya, sempat ke Kampung Changkat bagi mendengar perbentangan mengenai Refugees atau pelarian di Sri Lanka anjuran GPM( en Siraj)
penting untuk mengetahui isu Sri Lanka memandangkan aku merupakan salah satu ahli Grup Sri Lanka, Grup Pengkaji Tamadun Dunia. Isu-isu umat di negara luar juga perlu difikir dan diambil tindakan. Pelbagai strategi dirangka bagi membantu pelarian Muslim di sana. Fahmi mengeluarkan idea untuk IYC menganjurkan Talk mengenai isu ini. Idea disambut baik oleh aku dan kak Fa. Akan ada perbincangan susulan dengan Mdm Martinelli dan En Ahmad Kamal Ali selaku pembentang pada malam tu. Latihan pelajar Sri Lanka disini juga akan dikendalikan oleh Abim dan mungkin Grup Sri Lanka akan bersama membantu proses Latihan pelajar-pelajar ini memandangkan jaringan antara kami masih lagi terjalin. Semoga usaha ini dapat lebih membantu mereka untuk menanamkan kesedaran yang terjadi di kalangan komuniti mereka di Sri Lanka. Selain itu juga, isu-isu muslim di luar negara juga perlu lebih jelas didedahkan kepada mahasiswa khususnya,justeru, kami merancang seminar mengenai isu ini diadakan di UIA sendiri. Semoga usaha murni ini akan mendapat manfaat dari pelbagai pihak.

~MISI RAHMATAN LIL ALAMIN~

2 comments:

ilham nur said...

Mungkin boleh dijemput Ustaz Ibrahim Raheem juga?

nurul said...

syukran atas cadangan ezham,insyaAllah akan cuba untuk menghubungi semula Ustaz Ibrahim Raheem.