Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI GURU

kak balqis, hadiah ape nak bagi kat cikgu yea?soal adikku.
Em, bagilah ape-ape pun. (Jawabku seakan xpasti hadiah yang terbaik untuk di berikan).
Adikku: isk, ape tu, ape barangnya?

Pernah tak alami senario macam ni?. Aku pernah alami perasaan yang sama seperti adiku di bangku persekolahan. Soalan yang sama aku ajukan, tetapi yang pasti aku tidak mendapat jawapan yang khusus. Mengapa timbul persoalan ni yea?penting sangat ke cikgu sampai nak bagi hadiah yang istimewa?em, bagiku, seorang guru tu sangat istimewa, merekalah insan yang dianggap sebagai lilin yang menerangi dikala kegelapan. Apa yang gelap?tentulah anak-anak didiknya yang bermacam ragam. Mengimbas kembali zaman persekolahan dulu, aku benar-benar rindu untuk kembali ke alam persekolahanku. Bukan tidak mensyukuri nikmat yang telah dikurniai ALLAH untuk berada di Puncak Menara Gading, tetapi, aku rindu suasana persekolahan dan berpakaian seragam sekolah. Ada lagi baju seragam Pengawasku yang ku simpan kemas, sayang tidak digunakan lagi. Aku rindu sahabat-sahabatku yang telah lama aku tinggalkan dan membawa haluan masing-masing. Rata-rata dari mereka telah memilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan, sama sepertiku.

Bila bercerita tentang Guru, banyak pengalaman menarik dalam hidupku berkait rapat dengan insan istimewa ini. Aku pernah menjadi pelajar yang paling nakal dan sebaliknya. Teringat peristiwa yang tak boleh aku lupakan dan tak akan aku lupakan, peristiwa yang merubah identitiku kepada seorang pelajar yang baik. Sewaktu usiaku 12 tahun, darjah 6, aku yang tersangat nakal ni pernah ponteng kelas bersama-sama kawan baikku dan bersembunyi di surau sekolah. Aku yang kononnya penat selepas "training" hoki cari tempat untuk merehatkan badan. Tanpa berfikir panjang aku dan kawanku kunci surau dan simpan kasut kat dalam surau agar semua orang tidak dapat mengesan kami.Haha,nakal tak? kami pun lena di buai mimpi indah tanpa memikirkan akibat dari perbuatan sendiri. Nak tau ape terjadi pada kelas kami? kebetulan masa kami ponteng tu kelas sains dan cikgu yang mengajar tu guru kelas kami(CIKGU SINAR SURIA)hebat nama dia kan?orangnya tersangat lah garang, sehari kalau ada murid yang tak nangis, janganlah panggil namanya sinar sebabnya matanya yang bersinar-sinar tu akan menjadi penyebab murid-murid ni menangis, termasuklah aku. Masa tu apa yang cikgu ni buat, dia tak akan mula belajar selagi kami berdua xmasuk kelas, berkeliaran la kawan-kawan kelas mecari kami berdua satu sekolah. Punyalah mereka ni risau sampaikan hampir satu sekolah berhenti sesi pembelajaran cari kami.Gempaq!!!sedangkan kami...zzzzz
ntah macamana ntah, ada seorang ustazah ni buka pintu surau tu(mungkin Allah beri petunjuk kat ustazh ni tempat persembunyian kami). Dia pun menjumpai kami yang tido keletihan, dengan nada perlahan, beliau kejut kami siap bagi air lagi.BAIK SUNGGUH! dia pun ajak la kami keluar, laju je kaki ni ikut ustazah tu kuar,langkah je beberapa tapak,mak datuk, SINARSURIA dah bersinar-sinar!!!tolong....tolong... kami pun dibawa balik ke kelas dengan menangis teresak-esak dan di minta untuk meminta maaf kat kengkawan depan kelas guna haler(malunyer), dengan suara yang tersekat-sekat cakap jugalah. Lepas tu ape lagi,kena marah+bebel sampai abis kelas. Yang buat aku sedih sangat bila ada seorang kawan aku tulis nota letak bawah meja, isi notanya"ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU LAKUKAN", memang terasa nak lari balik umah je masa tu. Abis je kelas, kawan-kawan kerumun aku cakap memacam la, aku memang senyap jelah sampai loceng balik berbunyi, aku pun cepat-cepat lari tinggalkan kelas balik rumah.

Inilah peristiwa yang menyedarkan diri aku, hampir 2minggu jugalah aku xda kawan melainkan kawan yang bersama ponteng denganku,semua xmahu kawan dengan kami. Tapi sebab peristiwa ini jugalah yang membuatku semakin rapat dengan guru-guruku. Aku sering ke bilik guru berjumpa dan berbincang soal pelajaranku. Teringat nasihat cikgu Sinarsuria padaku"balqis, nak jadi insan yang cemerlang, kamu kene rajin belajar,lupakan segala kesalahan yang pernah kamu lakukan, mula kehidupan yang baru"lebih kurang macam nilah nasihatnya, dan berkat doa mereka jugalah aku berjaya sehingga sekarang. Inilah dia nilaian seorang insan yang bernama pendidik, walau nakal manapun kita, mereka tetap mahu mengajar dan mendidik kita menjadi insan yang berguna kelak.

Susah nak dihitung pengorbanan seorang guru ni, aku sentiasa hormat insan yang bernama guru ni, pernah juga pasang angan-angan nak jadi pendidik kelak, tapi semuanya bergantung pada takdirku akan datang. Sehingga sekarang, aku akan selalu berjumpa dengan guru-guruku walaupun istilah yang digunakan berbeza,kalau di sekolah:cikgu,di Universiti:Pensyarah, tetapi tanggungjawab mereka sama dan sealiran. Aku sering di soal rakan-rakanku, kenapa suka sangat jumpa lecturer?jawabku:1) aku akan lebih mengerti penjelasan mereka,2) memang dari dulu lagi tabiatku begini,hehe.

JADI, untuk membalas segala pengorbanan insan-insan ni, apabila tiba je Hari Guru, aku akan mengucapkan tanda penhargaanku pada mereka walaupun tak seberapa.Jawab mereka"thank you balqis,May Allah's mercy and barakah cloaks you always","TQ for your warm and kind thought","TQ balqis,hope your life and study will achieved your aim" inilah antara kata-kata semangat seorang pendidik yang mbuat aku mengerti sekarang ini bahawa tiada hadiah yang lebih istimewa buat mereka selain kejayaan. Teringat juga Cikgu Sidek Baba (Prof Sidek Baba) yang memiliki nilaian seorang guru yang tiada tolok bandingan, meneliti kisah hidupnya sebagai pendidik cukup membuat insan menginsafi diri. Bacalah buku karangan beliau"SETEGUH TEKAD".

adikku:kak balqis, cepatlah, hadiah ape nak bg ni?
balqis: bagilah apa-apa pun seikhlas hati, cikgu tu akan terima sebagai tanda penghargaan.Kalau
tak pun, xpayah bagi sekarang, nabila bagi hadiah KEJAYAAN untuk mereka dalam SPM
kelak.

adikku diam tanpa membalas sms ku. Mungkin aku dapat buatnya mengerti dan temui jawapannya. Semoga Nabila berjaya dengan cemerlang dalam SPM tahun ni dan myambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak(kecenderungan dalam kejuruteraan)

~akhirnya, sekalung penghargaan buat insan yang pernah mendidikku sehingga sekarang:

- Pn SinarSuria -Pn Rosiah - Sir Anuar Omar -Tengku Mohar
-Pn Noraini - Pn Mariam - Sir El- Muhamady -Miss ALDILA
-Pn Bersant Kaur - Ustazah Zaleha -Sir Mohiyuddin -Mdm Siti Zainb
-En Rasyid - Pn Haslinda - Sir Ibrahim Rahim -Miss Haslinda
-En Saadon - Pn Eng Geok Lan - Mdm Hidayah - Dr Farid
-Pn Prassana - En Rosli - Mdm szairiani
-EN syamsul - Pn Khamisah - Xifu Naser
-En Salehuddin(cikgu ley) - En Basri - Ust Muhadir
- Allahyarham En Saharuddin - En Johan - Sir Moniruzzaman
-Pn Puspa Dewi - Pn Aminah - Sir Azlan
-Ustaz Maznizam - En Fendi - Sir Hafiz
-Uztazah Suraiya - Pn Lim Geok Far - Sir Marzuki
-Ustazah Siti Nora - Mdm Suraya Alwi - Mdm Zabeda

# semoga kalian terus diberi kekuatan untuk melahirkan insan- insan yang cemerlang kelak..
#Terimalah sekalung penghargaan dari anak didikmu,

"SELAMAT HARI GURU
BUAT SEMUA GURU-GURUKU"



::GURU PEMBINA NEGARA BANGSA::

No comments: