Friday, May 22, 2009

Apa dia Peranan Kerajaan???

salamunalaik...

bertemu kembali setelah menyepi sebentar, kembali dengan nafas baru, membawa arus pemahaman yang lebih jelas InsyaAllah agar dapat dimanifestasikan tidak hanya pada diri sendiri juga kepada sahabat-sahabat sekalian.Entri kali ini membawa kita lebih mengenali secara telus apa sebenarnya fungsi kerajaan, dan di dalam perspektif ini, negara tercinta, MALAYSIA. Dalam pada kita mendengar slogan atau konsep yang di laung-laungkan kerajaan atau lebih tepatnya kabinet barisan kepimpinan Perdana Menteri kita, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Konsep Satu Malaysia yang bermotokan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' semakin mendapat liputan ramai dan semakin ramai individu-individu yang tampil memberikan analisa tersendiri tentang konsep yang cuba di terapkan dalam diri masyarakat Malaysia khususnya bagi mewujudkan satu unit kominiti yang kompleks dan uniti baru di bawah satu nama, Satu Malaysia. Pelbagai spekulasi timbul sebaik saja saranan kerajaan ini di sebarkan diseluruh negara, ada yang menyamai konsep ini dengan 'MALAYSIAN MALAYSIA' yang diperjuangkan oleh DAP dan ada juga yang menyatakan ini hanyalah topengan Kerajaan yang hanya mahu menutupi pandangan masyarakat tentang sesuatu isu. Namun, apa yang pasti, secara peribadi, saya menyokong seruan kerajaan membawa sesuatu nilai tambah atau kebaikan kepada masyarakat selagi mana tidak membawa kemudaratan kepada rakyat.
Berbalik kepada persoalan Peranan kerajaan, di sini ingin saya gariskan beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh sesebuah negara yang berdaulat. Apakah "nature" aktiviti kerajaan yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia ambil kira, kajian ini diambil dari salah seorang pemikir dalam bidang pengurusan(management) iaituAnderson yang mana menurut teori beliau terdapat 7 fungsi utama sesebuah kerajaan di bentuk dan peranannya:

PERTAMA: Menyediakan Kemudahan Ekonomi
Apa yang dimaksudkan dengan kemudahan ekonomi?dalam konteks ini, kerajaan perlu menyediakan kemudahan infrastruktur, peraturan dan aturan yang penting untuk keperluan moden.Ini termasuklah perlindungan harta benda(protection of property right), sistem tarrif,dan sebagainya. Kerajaan perlu menyediakan ekonomi "Framework" untuk membantu sistem ekonomi moden agar beroperasi mengikut garis panduan dan peraturan yang telah di tetapkan.

KEDUA: Menyediakan pelbagai servis perkhidmatan
Kerajaan berperanan untuk menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan kepada masyarakat termasuklah pertahanan awam, lampu isyarat,dan pelbagai infrastruktur lain. Segala perkhidmatan ini di sediakan untuk keperluan rakyat dan tidak semua kemudahan yang disediakan 100 peratus dari kelolaan pihak kerajaan, ada juga yang disediakan oleh pihak swasta yang mana kerajaan berfungsi sebagai "indirect provider" sebagai contoh, sekolah swasta.

KETIGA: Kerajaan menjadi agen penyelesaian dan pengubahsuaian sesebuah grup konflik.
Dalam erti kata lain, kerajaan berperanan untuk menyelesaikan konflik grup yang berlaku dalam negara bagi mencapai keamanan sejagat dan memastikan situasi negara terkawal dan stabil.Ini juga termasuklah kesan dari sistem kapitalis barat yang mengakibatkan si kaya bertambah kaya dan sebaliknya,justeru, di sinilah peranan kerajaan, sebagai perantara agar konsep kesamarataan dalam sistem sosial-ekonomi dapat dikecapi.

KEEMPAT: Menstabilkan persaingan

Dalam hal ini lebih menjurus kepada faktor perdagangan dan perniagaan dimana tindakan dari kerajaan haruslah menitikberatkan soal persaingan. Tindakan dan pantauan perlu bagi memastikan persaingan antara peniaga wujud dalam konteks seimbang dimana perlunya persaingan dalam perniagaan dan tidak membenarkan perniagaan yang besar memonopoli ekonomi semasa.

KE LIMA: Perlindungan Alam Sekitar

Ini juga merupakan salah satu peranan kerajaan dalam menjaga kebersihan alam sekitar supaya tidak tercemar dan bagaimana kerajaan berperanan, adalah dengan memperketatkan lagi undang-undang dan peraturan yang berkaitan agar sumber alam masih terpelihara dan dapat di nikmati sebaiknya. Kerajaan berkuasa dalam mengambil tindakan undang-undang sebagai contoh, mengenalpasti tempat sasaran pencemaran alam dan sebagainya, dan ini dapat dilihat apabila Karam singh Walia melaporkan berita yang berkaitan dengan isu alam sekitar yang mana sebenarnya isu ini tidak berada pada tahap yang serius sekiranya pihak kerajaan memainan peranan sesungguhnya walaupun secara khususnya tugas ini merupakan tanggungjawab sosial dan kesedaran perlu diwujudkan di peringkat atasan sebelum diikuti oleh rakyat.

KEENAM: Penyediaan untuk keperluan Asasi
Peranan kerajaan juga adalah memastikan keperluan asas rakyat dilengkapi terutama golongan yang berpendapatan rendah. Sistem operasi pasaran ekonomi yang tidak menentu mengakibatkan penganguran dan kehilangan pekerjaan seterusnya mengakibatkan rakyat hilang sumber pendapatan. Justeru, kerajaan berperanan dalam membantu golongan ini dengan memindahkan pembayaran yang sepatutnya dilaburkan untuk sebarang projek pembangunan kepada pengagihan kepada golongan miskin yang bersumberkan dari pembayaran cukai-cukai perkhidmatan.

KETUJUH: Memastikan kestabilan Ekonomi
Hal ini jelas apabila kegawatan ekonomi, kerajaan perlu memastikan strategi terbaik dalam menangani kegawatan ini agar kesusahan tidak dirasai oleh rakyat. Langkah yang perlu dilakukan adalah dengan mengawal perbelanjaan dan pembayaran cukai bagi memastikan kestabilan ekonomi. Kerajaan harus bijak dalam merangka strategi samaada menggunakan "fiscal policy" atau "monetary policy" dalam memahami strategik ekonomi.

Senarai diatas merupakan peranan bagi sesebuah kerajaan apabila memimpin tampuk pemerintahan negara. Siapakah yang membantu pihak kerajaan dalam merencana dan mengimplimentasikan aktiviti dan projek pembangunan serta menjadi pengubal dan pengimplimentasi polisi sesebuah negara???sama-sama kita nantikan jawapan di entri mendatang.daa~


::spiritualisme,idealisme,aktivisme::


4 comments:

UknoWana said...

salam.. love to read ur blog... moga bertambah baik lg.. thnks 4 the info...takbeer! :0

fahmi kadir said...

takbir

saya menyokong anda..
teruskan menyebar maklumat yg berinfomatif

Unknown said...

Salam suka blog nie tapi klau boleh tlg buat warna lain untuk isi penting

Unknown said...

Salam suka blog nie tapi klau boleh tlg buat warna lain untuk isi penting