Sunday, March 22, 2009

terkilan vs terbangkit

salamunalaik...bersua kembali..

em, tgk poster tu rasa sedih dan terkilan sangat. Bukan ape, nak pergi sangat program ni. Program ini anjuran bersama Abim Johor kalo xsilap la, dorang 'invite' adik-adik KPIJ untuk turut sama sertai. Awal-awal lagi da bagi nama nak pegi tapi, mungkin takde rezeki sebabnya aku kene wat pilihan antara kelas dan program.. arrghhh, ni yang paling tak best nak wat keputusan ni. Kalau ikutkan hati nak je pergi program ni dan tak payah gi kelas, tapi memandangkan ni kelas yang terakhir dan sememangnya kelas ini kalau misalnya tak datang,alamatnya aku takkan faham la post modernism tu ape. Terkilan memangla ada, tapi alhamdulilah, aku masih tau mana satu keutamaan yang patut aku dahulukan. Aku memilih untuk ke kelas political thought dan impak yang besar aku rasakan bila 1) aku dapat result midterm..jeng3, 2)aku lebih memahami tentang post modernism, terutama si Michel Fuccolt tu, memang tersangatla philosophy bile masuk bab ni, memang kesian sangat tgk Miss Aldila yang kene terangkan beberapa kali untuk kami semua lebih faham (insyaAllah, entri akan datang aku tuliskan serba sedikit pasal "Mamat Gila& Gay") ni. siyes cakap, sekali baca memang tak faham ape yang die maksudkan dengan "power and knowledge" sampaikan Miss cam mengeluh pun ada ditambah lagi dengan soalan yang bertalu-talu dari foreigner yang amik master subjek ni.Memang "happening", kiranya berbaloi juga la aku gi kelas aritu.

Nak dijadikan cerita, mungkin ada hikmah jugalah aku tak gi program tu sebabnya aku diserang seekor biawak!!!makkk...tolong!!!hehe. xla,acah jek bukan kene serang biawak, tapi kene simpul biawak. Mesti ada antara korang ni yang tak tau simpul biawak kan?aku pun tak taulah mana dapatnya perkataan ni, kira aku ni bole dilabelkan mcm traditionist jugak la sebab ikut nenek aku cakap. Dia yang perkenalkan aku dengan perkataan tu. Em, simpul biawak tu macam urat kaki tersimpul(faham tak??, isk, aku pun tak tau nak terangkan) sakitnya..huhu Allah jela yang tau, memang aku tak boleh tido malam tu..tahan jela. Esoknya pulak, apelagi jalan pun terhincut-hincut la,tapi nasib tak lama. Ada lak manusia-manusia yang boleh dilabelkan sebagai "Hampeh" tanya aku biawak sihat?peh!!!rasa cam kene ketuk dengan "pencil box" besi jek kat kepala, hangin tol..ingat aku memain ke, sod ba ro je la...

Dalam keterkilanan (ada ke perkataan ni?, layan..) aku di tambah dengan kesakitan kaki ditambah lagi dengan keseorangan di bilik(semua rumate aku balik..sob..sob..)kene tinggal..aku pun melayan la blues, purple, red dan kaler-kaler yang seangkatan dengannya, xlayan kaler jek, aku pun layanla lagu(xkiralah semua genre aku layan) dan sempat jugaklah selak-selak buku yang tersusun cantik dan elok di rak buku aku tanpa aku sentuhi beberapa minggu ini.. Aku pun capai lah buku Bio- Mekanik SOLAT. Memang dah lama beli dan selama itulah aku hanya membelek muka depan dan belakang jek.isk2..jadi di kesempatan yang aku ada, aku mulakan pembacaan, menarik gak dan rasa termotivasi gak. antara bait-bait kata yang wat aku rasa "WAH!" adalah "solat yang didirikan sempurna akan diangkat ke langit dalam keadaan putih dan bercahaya, jika solat itu lalai diangkat dalam keadaan hitam legam, solat itu dilipat-lipat sebagaimana baju-baju yang koyak lalu dilemparkan ke mukanya". Ini salah satu hadith rasulullah yang menekankan perlunya khusyuk dalam solat dan "khusyuk itu ikhlas", orang yang sentiasa khusyuk akan melahirkan sifat ikhlas. Tetapi, sebaliknya jika sekadar melafazkan dan mengaku ikhlas tidak akan menghasilkan kekhusyukan. Wah, wah dan wah ayatnya memang tepat kena batang hidung sendiri dan memang membuatku terbangkit. Sekali pandang perkara ini macam remeh kerana apa, kerana kita di ajar solat dan mengenali islam sedari kecil lagi tapi sejauh mana nilaian khusyuknya kita dalam solat kita??memang kene tepuk dada tanya iman.. bila di "up side down" kan buku ni memang bagus dan menarik untuk kita lebih mendalami solat harian kita dan pandai membahagikan masa am dan masa khas kita dengan Pencipta kita..selain tu, bagi sesiapa yang selalu stress mcm si penulis ni, ada baiknya kita meneliti setiap pergerakkan kita semasa solat kerana ianya memberi kesan pada setiap tekanan yang kita rasai. akhrnya, moga selepas ini kita akan sama-sama belajar supaya lebih khusyuk dalam ibadah kita terutama solat agar amalan yang lain akan terus istiqamah.



Banyak lagi buku yang tak terbaca tapi aku berazam untuk habiskan pembacaan aku masa cuti semester ni. Antara buku- buku yang aku "excited" nak baca, Kebangkitan generasi salahuddin dan kembalinya Al-Aqsa ke pangkuan Islam, ESQ Power(versi indonesia), Inilah jalanku dan Cinta Hari-hari Rusuhan ( antara karya terawal faisal tehrani). Harap azam ni akan tercapai, insyaALLAH dan sekarang ni masa- masa pecutan untuk mengulagkaji pelajaran memandangkan peperiksaan akhir semester tak lama lagi dan cabaran terhebat sebelum "final exam" ni,aku kene berlakon(ala-ala pementasan teater) bermaudukkan Muslim thinkers & Fuccolt. Maknanya kat sini, aku akan berlakon sebagai Sheikh Muhammad Abduh dan ada juga yang berlakon sebagai Jamaluddin Al-Afghani dan Rashid Rida dengan membawa idea beliau. Kami akan menentang idea Fuccolt(post modernist)..Mampukah aku lakukannya???kita tunggu dan lihat hasilnya pada 30 hb ni..wasalam..

1 comment:

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin said...

Biawak tu kena la salu bagi makan ek.. kang kena serang lagi.. 2la.. kena jaga leklok...

Bgusla aktif dia menulis skrg ek...