Tuesday, March 31, 2009

Peperiksaan Akhir Semester...

salam...

Bile sebut jek peperiksaan akhir semester, semua pelajar terutama pelajar taman ilmu dan budi ni berhempas pulas buat persediaan, tak kiralah persediaan awal ke lambat ke tapi yang pastinya masing- masing memasang azam untuk buat yang terbaik dalam peperiksaan yang bakal diduduki.
Apepun, buat pelajar yang dah bersedia dan akan menduduki peperiksaan akhir bermula esok di ucapkan semoga berjaya!!

Buat yang masih belum terasa bahana peperiksaan tu, "check" balik diri, mungkin something wrong somewhere~ cepat2lah dapatkan feel exam sebelum terlambat..

kalo sebelum ni susah nak nampak pelajar belajar/ bawak note kat cafe, tapi time2 exam ni, wah3...ramainya yang bawa note untuk ulangkaji pelajaran. Ada yang membaca sambil makan...tahniah2 diucapkan, UIAM berjaya memupuk semangat mebaca di kalangan pelajarnya.hehe..kalo sebelum ni, nota yang tak tersusun wat xtau jek tapi di saat2 genting ni, nota yang lengkap tersangat la penting..( kedai fotostat pun tetibe jadi popular!) huhu..
inilah die fenomena insan yang bergelar pelajar...

buat diri sendiri, ketegasan dalam mengulangkaji pelajaran sangatlah perlu dititik beratkan. Hentikan sebentar urusan lain, fokus pada pelajaran, inilah peluang terakhir untuk berjuang pada semester ni. Lakukan yang terbaik dan yang penting fahami soalan dan konsep yang diminta, InsyaALLAH, semua akan berjalan lancar. Akhirnya, nilah jadual peperiksaan akhir semesterku. InsyaAllah, selagi kudrat masih ada, aku akan cuba yang terbaik..


ISLAM IN CONTEMPORARY SOUTHEAST ASIA : Apr 5 2009, 3:00PM

PUBLIC PERSONNEL ADMINISTRATION : Apr 6 2009, 3:00 PM

PRINCIPLES AND PRACTICE OF MANAGEMENT : Apr 7 2009, 9:00 AM

INTERMEDIATE QURANIC FOR HS V : Apr 9 2009, 9:00 AM

STATISTICAL METHODS : Apr 12 2009, 9:00 AM

POLITICAL THOUGHT II : Apr 12 2009, 3:00PM

2 comments:

Ahmad Fahmi said...

Good Luck...

D'Rimba said...

Semoga berjaya memanfaatkan ilmu itulah kejayaan sebenarnya