Wednesday, February 4, 2009

Cubaan pertama..


Semester ini merupakan semester yang mencabar buat diriku. Walaupun tak banyak subjek yang ku ambil tetapi terasa berat kerana aku sudah mula mengambil beberapa subjek minor. Ramai kawan2 tanya kenapa ambil minor Bussiness Admin?? em, aku ada jawapan sendiri untuk soalan tu..kalau rasa2 nak tau, tanyalah sendiri yea..agak mencabar sebenarnya kerana sudah hampir sekian lama aku tidak mengambil subjek kira-kira, jadi otak kiri pun agak "Berkarat" kerana dah lama tak digunakan.hehe.. sesi pembelajaran dalam kelas aku manfaatkan sepenuhnya. Kalau ada yang kurang faham, aku terus bertanya kat Madam. Kalau agak2 segan nak tanya dalam kelas sebab kesemua pelajar dalam kelas tu level junior2 , kiranya yang paling senior aku sorang la..huhu sogan aiii.. aku tanya abis kelas..so, nak tak nak aku kene perform yang TERBAIK... jadi, bermulalah perjuangan aku untuk subjek Statistic. Nampak macam mudah jek kan? tapi tak semudah yang disangka. Cubaan pertama dalam quiz yang pertama...


soalan nampak mudah, tapi...berpeluh jugalah nak jawab. Resultnya...jeng3...Rahsia...tapi yang pastinya aku dah cuba sedaya upaya menghadapi cabaran pertama dan cabaran seterusnya akan menyusul kelak...jadi apepun bersabarla balqis...inilah dia pekerjaan sebenar seorang yang bergelar Mahasiswa..dan ini juga kehendak diri sendiri. Makanya, CELIK2 kanlah minda dan EMOSI..dan sentiasa positif dengan apa jua cabaran mendatang.


~ sedikit panduan buat teman- teman sekalian yang ingin menjadi pelajar yang cemerlang~

Antara sifat-sifat pelajar yang cemerlang bedasarkan kajian dari Dato' Fadzilah Kamsah:
  1. Iman yang kental
  2. Matlamat yang jelas
  3. Cintakan Ilmu
  4. Minda yang cerdas(positif, kreatif dan proaktif)
  5. Jiwa yang tenang( emosi yang kental)
  6. Jaringan persahabatan yang luas dikalangan orang yang positif
  7. Berwibawa dan berjiwa pemimpin
  8. Ikhlas dalam setiap tindaka
  9. Mempunyai pemikiran global
  10. Mempunyai nilai estetika
:: marilah sama-sama kita menjadi yang terbaik antara yang terbaik::

No comments: