Tuesday, January 6, 2009

Selamatkan Dunia...




MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.


Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.
Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.
Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.


sumber : utusan online 7 Jan 09



~ Kita sekali lagi di hebahkan dengan berita dunia yang sangat2 merunsingkan terutama umat Islam di seluruh dunia. Sekali lagi kita diuji dengan kuasa asing yang tidak henti2 inginkan penaklukan tanpa menghiraukan nasib sebilangan mangsa yang tidak bersalah. Bumi Palestine di serang dengan dentuman bom dan pelbagai alatan perang. Sejauh mana kita mengetahui hakikat sebenar permasalahan ini. Saya ingin berkongsi sedikit informasi yang di bincangkan di dalam kelas sebentar tadi. Agak menarik saya rasakan untuk kita sama2 soroti sejarah peradaban di masa lampau kerana inilah permulaan cerita yang sehingga kini tiada sudahnya. Apakah yang diingini oleh Israel sebenarnya??? adakah mahukan bumi Palestine di takhluki sepenuhnya atau mahu tuntut kembali tanah yang mereka percaya milik mereka bedasarkan kitab kepercayaan mereka. Jean Bodin( seorang pemikir politik france) menyatakan ideologinya dalam buku yang dikarang( Six books of the State) mengenai konsep kedaulatan penuh yang mana setiap negara yang mempunyai kedaulatan yang penuh mampu menjadi sebuah negara yang kukuh dan ampuh. Jika di tinjau2, pemilihan Perdana Menteri Israel yang melihatkan kedua2 parti baik Parti Kadima dan Parti Likud saling bersaing antara satu sama lain untuk menerajui kepimpinan Israel dan dari kaca mata Individu yang bergelar muslim, kita akan berdepan dengan satu lagi fenomena pembunuhan rakyat Palestin secara menyeluruh dimana mengikut perkiraan, pemilihan pemimpin Israel haruslah seorang yang berjaya membunuh dan menghancurkan rakyat Palestin. Barang siapa yang berjaya membunuh seberapa ramai rakyat Palestin maka dialah di iktiraf sebagai "Sang Juara". Apa yang mereka mahukan sebenarnya?mengapa anak2 kecil dan wanita yang tidak tahu apa2 menjadi mangsa mereka? antara faktor utama yang mereka mahukan adalah KEDAULATAN mutlak.Konsep KeDAULATAN inilah yang mereka mahukan bagi merealisasikan impian mereka untuk menakluki Bumi Palestin.
~bagi insan yang bergelar muslim, marilah kita sama2 berdoa agar bumi Palestin dilindungi Allah dari ISRAEL LAKNATULLAH!!!~
Ya ALLAH, bantulah Islam dan Umatnya
Ya ALLAH, bantulah saudara kami para pejuang di bumi Palestin
Ya ALAH, bantulah saudara kami para pejuang di bumi Iraq dan Lubnan
Ya ALLAH, bantulah saudara kami umat Islam di seluruh dunia
Ya ALLAH, hamba-hambamu lelaki dan perempuan di bumi Palestin, Iraq & Lubnan telah
dibunuh, dihancurkan dan dihalau keluar dari rumah-rumah mereka,dirompak dan dirampas harta benda mereka, dipaksa eluar dari agama mereka
Ya ALLAH, lipat balikkanlah segala perancangan jahat keatas batang tengkuk musuh-musuh mereka dari kalangan tentera yahudi yang menjajah dan tentera Amerika yang angkuh
Ya ALLAH, hitungkan mereka satu-persatu, hancurkan mereka bertalu-talu dan jangan kecualikan walau seorang pun...

No comments: