Thursday, November 5, 2009

Sambungan Wawasan Pendidikan Al- Hikmah: Pembinaan Generasi Ulul Albab

Salamunalaik….

Sambungan dari entri sebelumnya, slot seterusnya di samaikan oleh Al Fadhil Ustaz Dr Uthman El Muhammady berkenaan dengan wawasan pendidikan Al-Hikmah, Pembinaan generasi Ulul Albab

Menurut beliau, gagasan yang di bawa oleh Kolej Dar Al-Hikmah sangat bertepatan dengan pembinaan generasi Ulul Albab. Wajah insan yang dikehendaki meneruskan misi Nubuwwah ini haruslah menjadi insan Adamiah yang berkedudukan sebagai Khalifah Tuhan di bumi, sekaligus hambaNYA, insan yang mengenal Tuhan dan mengenali yang lain melalui pengenalan terhadap Tuhannya, tidak terpisah daripada pengenalan terhadap Tuhannya. Insan yang beriman dan bertaqwa ialah insan yang memiliki akal rasional yang tajam, sekali dengan akal Ubudiah yang matang bagaimana yang dinyatakan dalam surah Ali Imran ayat 190-191. Akal rasional yang tajam ditandai dengan sifatnya berfikir tentang kejadian langit dan bumi membawa kepada natijah pengabdian selain megambil faedah daripadanya

Kematangan akal Ubudiah ditandai dengan sifat mengingat dan menyebut nama Allah sewaktu berdiri, duduk dan sewaktu berada atas lambungya dan mengenali bahawa tidak ada yang sia-sia dalam ciptaanNya. “ Ia memiliki makalah imaniah, dalam keimanan, makalah ubudiah dalam rohaniah, makalah khuluqiah dalam akhlak,makalah Lisaniah, dalam berbicara dan berbahasa, makalah lughawiah dalam kemahiran dan kefasihan berbahasa, makalah sina’iyyah dalam kemahiran bidangnya”.

Makalah ini tercapai dengan beberapa langkah:

1)Mempelajari ilmu dengan mencukupi mengikut kedudukannya dengan tahap-tahapnya,

2) memulainya dengan tertib bukan terus ke kemuncak tanpa menjaga adab-adab dan aturannya.

3) Mengulangi ilmunya dengan muzakarah, perbincangan, penulisan . Ia terdidik untuk memiliki kemampuan menjalankan dialog ilmiah termasuk berdialog tentang budaya dan agama.

4) Berhubung baik dengan Ulil Amrinya mengikut panduan dalam wacana arus perdana umatnya

5) Ia melaksanakan Al-Din Al-Nasihah dengan ikhlas mengikut kemampuan dirinya

6) Ia berbicara dengan beradab

7) Ia saying kepada bangsa dan umatnya dalam assabiyah yang positif

8) Ia tidak mendakwa otoritas atas zat dirinya, sebab diri manusia per se tiada otoritas

1 comment:

cia said...

salam....blog yg baik....