Sunday, September 13, 2009

MANISNYA TAHAJJUD..

Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah.
Di muka langit
bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang
terang
benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-
penghuninya.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama.
Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra
dengan Tuhannya.
Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka

mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan
Allah s.w.t. Berkata Al
Fudhail bin Iyadh,
"Apabila terbenam matahari maka saya gembira
dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula
berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah
menyukai tinggal di dunia ini."

Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.

Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua rakaat yang dikerjakan
oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya.
Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada
umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat
dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."


Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan
ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana
mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat
untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-
tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah
membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah
s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan
kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu
Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang
menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun
kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan
turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia
melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas
seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka
syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam
sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada
Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya
terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah
semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak
yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi
oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka
tidak salah kalau diletakkan mereka dealam golongan mnusia yang
berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini
juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Haruslah kamu bangun
malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu.
Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah
Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada
tubuh dan mencegah daripada dosa."

(Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud, oleh Muhammad Uzair Al Aziz)

:: mencari sinar lailatul Qadr ::


No comments: