Monday, September 14, 2009

Ada Apa dengan Hubungan Antarabangsa??

Salamunalaik..

bersua kembali, kali ini saya ingin menitipkan maklmumat mengenai hubungan Antarabangsa, sejauhmana kepentingannya dalam kita mendepani arus global pada masa kini.

Apa yang dimaksudkan dengan Hubungan Antarabangsa??

Hubungan Antarabangsa merupakan jaringan antara negara/kerajaan di seluruh dunia.Lebih memfokuskan kepada hubungan yang erat antara 'ACTOR' yang terlibat iaitu Organisasi Antarabangsa,Multinational Corporation, Individu dengan struktur sosial,(ekonomi, budaya,politik nasional) dan dengan pengaruh geografi dan sejarah. Bidang ilmu ini merupakan
bidang ilmu yang berkait rapat dengan bidang sains sosial contohnya,hubungan politik dan ekonomi,sejarah,sosiologi dan displin ilmu yang lain.

Apakah pecahan kepada Hubungan Antarabangsa?

Jika disoroti sejarah dahulu, Hubungan Antarabangsa lebih memfokuskan kepada persoalan berkaitan perang dan keamanan namun, sejak 1970,yang mana ekonomi menjadi perkara pokok kepada hubungan Antarabangsa, maka pecahan kedua bagi hubungan Antarabangsa ialah Politik Ekonomi Antarabangsa.

Teori dalam hubungan Antarabangsa??

Terdapat 3 teori yang besar dalam perspektif Hubungan Antarabangsa iaitu Konsevertif, Liberalism,dan Revolusi. Apa yang dimaksudkan dengan Konsevertif? Teori ini menekankan aspek mempertahankan status quo, undang-undang kuasa politik, logik dari kuasa Askar(military)

Yang kedua, teori Liberalism yang mana bedasarkan teori ini, liberalist membuat reformasi dai status quo melalui proses evolusi , keuntungan bersama melalui kebergantungan bersama contohnya, kebebasan perdagangan bebas dan kebebasan pertukaran ide dan pandangan.


Teori ketiga ialah Revolusi teori yang merupakan transformasi status quo melalui revolusi dan perubahan pesat. Memfokuskan kepada ketidakadilan dan eksploitasi aspek dalam hubungan Antarabangsa, nilai kesamarataan, dan perang sebagai produk untuk mengeksploitasi hubungan ekonomi serantau. Tetapi, dalam dunia realiti, politik dunia tercipta hasil dari percampuran 3 perspektif dari pelbagai cara dan kaedah.


Tingkat Analisa

Terdapat 4 peringkat Analisa iaitu 1) Peringkat individu 2)Peringkat Negara 3)Peringkat Sistem dan 4)Peringkat Global.


Bagi Peringkat Individu, ia lebih memfokuskan kepada persepsi, pilihan, dan aksi dari manusia,seterusnya, Peringkat Negara, di peringkat ini, negara mengambil berat akan individu yang bersifat agresif terhadap kerajaan yang mempengaruhi tindakan kerajaan dalam arena Antarabangsa.Di peringkat sistem,ia mengambil kira pengaruh dari sistem yang diguna di peringkat Antarabangsa dan kesannya dan lebih memfokuskan kepada hubungan interaksi sesama negara. Dan yang terakhir ialah peringkat Global,pada peringkat ini, ia mencari untuk menyampaikan kesan Antarabangsa dalam aspek trend Global dan tekanan yang menghalang interaksi antara negara berlaku.

seterusnya, timbang tarakan semula kekuatan negara kita, apakah perlu hubungan Antarabangsa diteruskan?Apakah kepentingan yang akan diperoleh jika negara kita masih mengamalkan Hubungan Antarabangsa ini, apakah kesudahannya positif atau negatif. Sedikit komentar secara pribadi, Benar, setiap negara perlu untuk melaksanakan dasar hubungan luar adalah kerana beberapa aspek:

1)Geografi
~ Faktor geografi merupakan faktor penting bagi sesebuah ngara khususnya untuk melaksanakan dasar hubungan Antarabangsa adalah kerana kedudukan negara yang dekat dan sumber alam yang terhad bagi sesebuah negara membuatkan setiap negara saling memerlukan antara satu sama lain untuk menikmati sumber mentah dengan pertukaran sesama negara. Justeru, adalah sangat perlu bagi sesebuah negara tidak hanya melaksanakan dasar hubungan luar tetapi mempertahankannya agar kedamaian terus di capai.

2) Ancaman Luar
~ Ancaman luar juga merupakan salah satu faktor mengapa peri pentingnya hubungan Antarabangsa ini terjalin, Ini berikutan aspek keselamatan negara yang perlu dijaga dari sebarang ancaman luar agar negara bisa membangun dan bebas dari cengkaman mana-mana pihak.

3) Ekonomi
~ Dengan sistem ekonomi dunia yang tidak menentu, adalah penting bagi sesebuah negara untuk menjaga hubungan Antarabangsa sesama negara agar negara bebas dari peperangan dan kedamaian dan keamanan terus dapat dinikmati oleh manusia. Perdagangan bebas dan pertukaran matawang merupakan kaedah terbaik untuk terus menerus berinteraksi dengan negara lain dan mampu bersaing di peringkat global.

Terdapat banyak lagi faktor lain yang membuatkan Hubungan Antarabangsa sesuatu yang penting pada sesebuah negara, namun, di sebalik semua ini, masih belum kelihatan misi global secara kolektif terhasil dari Hubungan Antarabangsa, Organisasi Antarabangsa misalnya masih lagi empuk dan selesa di atas kerusi persidangan dan mesyuarat tanpa benar-benar mencari resolusi atas permasalahan yang berlaku sebagai contoh, isu palestin, Burma dan sebagainya.
Tragedi akan terus berlaku terutama yang mengakibatkan masyarakat islam namun, keprihatinan dan 1 ummah masih belum dicapai secara menyeluruh dalammenyelesaikan masalah umat di dunia.



::MISI KEAMANAN SEJAGAT::

No comments: