Wednesday, March 11, 2009

Tokoh- tokoh politik Wanita Islam...



salamunalaik...

Selamat bersua kembali, untuk entri kali ini saya cuba bawakan beberapa kisah Tokoh-tokoh politik wanita Islam pada zaman kegemilangan Islam...

pertama, ZUBAIDAH...

beliau merupakan sepupu dan isteri kepada Imam Harun Al-Rashid dan mereka medirikan rumahtangga pada tahun 165H ketika pemerintahan Imam Mahdi di Baghdad.
Perkahwinannya berlansung dengan dihadiri oleh ramai tetamu dari pelusuk negeri.
Kemeriahan majlis perkahwinan mereka mengagumkan sehingga ada yang mengatakan "tiada majlis perkahwinan lain dalam islam sepertinya". Kemasyuran Zubaidah sama seperti kemasyuran suaminya. Pandangan beliau sentiasa didahulukan daripada pegawai-pegawai yang lain. Beliau seorang yang cantik, pemalu, fasih berbicara, bijak dan berfikiran rasional.Beliau di anggap sebagai wanita Abbasiyah yang terkuat dan beliau turut mencampuri urusan pentadbiran negara dan menguasai beberapa perkara dan sebalik tabir. Beliau seolah-olah menjadi penunjuk cara dalam pemerintahan suaminya dan sebagai orang kanannya.

Zubaidah berasal daripada keturunan Quraisy dan beliau memounyai pertalian lansung dengan salasilah khalifah-khalifah sebelum ini. Beliau mepunyai seorang putera dan berketurunan Bani Hashim.Zubaidah turut memainkan peranan penting dalam perlantikan anaknya, Muhammad Al-Amin sebelum pemerintahan Al-Makmun. Zubaidah pandai menjaga keseimbangan daam semua perkara. Beliau tahu kadar kemampuan setiap sesuatu. beliau bukan sahaja seorang yang berkaliber dalam bidang politik, malah adalah seorang sasterawan yang berjiwa halus. Keunggulannya terserlah dalam bidang sosial selain mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang fikah. Beliau pernah menulis kepada Abu Yunus, " Apa pandangan kamu dalam urusan ini? Aku suka menegakkan kebenaan dalam semua perkara." Lalu Abu Yunus mengeluarkan fatwa sebagaimana yang disukai oleh Zubaidah dan mengutuskan hadiah kepadanya. Dari satu sudut lain, zubaidah seorang ahli agama. Beliau membaca al-Quran secara tartil iaitu bacaan yang elok mengikut hukum tajwid sepenuhnya. Beliau mempunyai 100 orang hamba yang menghafal Quran. Setiap seorang menghafal satu persepuluh daripada Quran dan hafalan mereka menjadikan istananyakedengaran seolah-olah suara lebah sedang mengalunkan bacaan Quran. Zubaidah juga sering berbakti kepada orang-orang fakir dan belas ihsan kepada orang-orang miskin. Beliau mempunyai pengaruh yang besar dalam perkembangan sekolah, hospital, masjid, petempatan-petempatan pelarian, rumah-rumah dan kedai-kedai di negerinya.

Kedua....ARWA BINTI AHMAD BIN JAAFAR AL-SHOHILIYYAH...

Beliau adalah permaisuri Yaman. Selepas mengahwini Al- Mukram, suaminya mengidap sejenis penyakit yang menyebabkan beliau menyerahkan mandat pemerintahan kepadanya dan selepas mendapat mandat tersebut, Arwa membuat benteng di kaki bukit dan membantu suaminya mengurus negara dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan. Walaupun suaminya meninggal dunia pada tahun 484H, beliau masih menjadi tempat rujukan para menteri. walaubagaimanapun, beliau tidak terlalu menonjolkan diri dan bertindak di belakang tabir. Namun, mimbar-mimbar Yaman sering menyeru namanya. Beliau pernah berkhutbah kepada penyokong Fatimah dan kemudian kepada penyokong Sulaihi.

Ketiga...SITI AL-MALIK BINTI AL-AZIZ AL-FATIMI

Beliau merupakan wanita yang mempunyai akal yang cerdas. Beliau pernah mencipta helah membunuh saudaranya, al-Hakim apabila perbuatannya semakin melampau dan kezalimannya semakin menjadi-jadi. Beliau menegah al-Hakim dengan katanya, "Wahai saudaraku, berhati-hatilah. Takut nanti rumah ini roboh ditanganmu sendiri"

ingin ikuti tokoh-tokoh politik wanita yang lain...kita jumpa di entri berikutnya...
bersambung...

No comments: