Selamat bersua kembali...
Untuk entri kali ni saya saja nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang apa yang terjadi pada umat Islam khususnya di Burma. Rasa perlu untuk dikongsi bersama sebagai kesedaran kerana rata- rata dari kita sendiri tidak mengetahui apa yang terjadi pada Umat Islam di luar negara dan hanya memfokuskan pemikiran kita pada isu setempat. Betul, kita perlu mengambil tahu isu umat yang berlaku di dalam negara tetapi jangan dilupakan adakah method dakwah kita hanya berpusat pada golongan Islam dalam negara kita sahaja. Kita perlu mengambil pendekatan menyeluruh(syumul) dalam konteks memahami sejarah masyarakat Islam yang bertapak di negara-negara yang ada masyarakat Islam di dalamnya. Berbalik pada isu masyarakat islam di Burma, insyaAllah berbekalkan sedikit ilmu yang ada hasil dari kupasan oleh pensyarah saya (Dr. AbdulRahman Tang Abdullah) yang mengajar subjek Islam and contemporary Southeast Asia, saya ingin menceritakan tragedi yang berlaku di sana dan bagaimana ia memberi kesan yang mendalam pada masyarakat Islam sendiri. Sebelum itu, apakah yang di maksudkan dengan Rohingya? Rohingya atau Rohingyas merupakan golongan Muslim di Myanmar dan mereka berperang untuk mendapatkan kuasa autonomi dan kemerdekaan Arakan dari kuasa Burma. Apa itu Arakan? Arakan merupakan kawasan yang terletak di bahagian utara barat laut Burma yang mana majoriti Rohingya bertapak di situ dan juga berdekatan dengan Negara Bangladesh yang merupakan salah satu negara Islam. Bagaimana Islam boleh bertapak di Arakan? sejarah membuktikan ketika Arakan Kingdom di perintah oleh oleh Dinasti Chandra, masyarakat Arab melebarkan pengaruh Islam melalui jalan pedagangan yang mana hasil dari proses tersebut, Agama Islam tersebar luas dan ramai masyarakat di sana memeluk agama Islam. Terdapat juga segelintir kabilah-kabilah Arab ini yang berkahwin dengan masyarakat tempatan dan tinggal di sana. Kesan dari percampuran perkahwinan dan kedatangan pedagang-pedagang Arab di Arakan, maka, populasi masyarakat Islam di sana semakin luas dan seterusnya mewujudkan Masyarakat Islam yang dinamakan ROHINGYA.
:: DINAMIKA GERAKAN::
Jika di teliti, pada mulanya apabila kerajaan Burma mengisytiharkan Agama Buddha sebagai agama rasmi negara, masyarakat Islam tidak menunjukkan sebarang protes tetapi apabila undang-undang berkaitan agama tersebut berkuat kuasa, maka kerajaan sudah mula memecat pekerja-pekaerja yang beragama Islam dan menggantikan jawatan tersebut dengan pekerja yang beragama Buddha. Pelbagai kaedah dilakukan bagi memusnahkan masyarakat Islam dan atas kapasiti itulah, Jafar Kamal( Japanese trained Rohingya) mula mengolak langkah dengan membentuk satu organisasi yang dikenali sebagai Mujahid, walaubagaimanapun, perjuangannya tidak kekal lama kerana tewas di tangan askar Burma dan Jafar Kamal di bunuh. Kebanyakkan pengikutnya juga dibunuh ole askar Burma. Lihatlah kejahatan yang di lakukan terhadap umat Islam dan lebih dasyat lagi apabila kerajaan Burma di kuasai oleh Askar Rejim, mereka bubarkan parlimen dan sekat semua aktiviti berorganisasi. Mereka membunuh seberapa ramai Rohingya. Ini seterusnya mengakibatkan kebangkitan bagi masyarakat Rohingya terutama golongan mahasiswa dan organisasi bebas, Rohingya Independent Front(RIF) dengan membawa objektif untuk memcapai kemerdekaan sendiri iaitu kemerdekaan Arakan. Tetapi, kuasa yang ada pada tentera Regim Burma telah mengakibatkan organisasi ini tidak dapat bertahan malah, mereka lebih agresif dengan membunuh sesiapa sahaja yang di kenal pasti sebagai Rohingya. Mereka juga telah melancarkan serangan mutlak dengan menguna pakai nama"King Dragon Offensive"pada Rohingya Liberation. Keadaan Rohingya makin parah apabila kerajaan menyeru supaya perkampungan Rohingya di musnahkan. Beribu-ribu Rohingya dimasukkan ke dalam penjara dan didera sehingga mati. Selain itu juga, nasib wanita Rohingya sangat aib apabila diperkosa oleh Askar- askar regim di kem-kem mereka. Lihatlah apa yang terjadi pada masyarakat seagama dengan kita.. tidak berhenti setakat itu sahaja, kebanyakkan Rohingya lebih rela menjadi pelarian di Bangladesh dari di bunuh oleh askar Burma. Namun begitu, kerajaan Bangladesh telah berbincang dengan Kerajaan Burma untuk menghantar pulang pelarian-pelarian Rohingya tetapi apa yang berlaku ialah, mereka telah menggubal dasar baru dan menyatakan bahawa Rohingya bukanlah rakyat Burma dan ke"bumiputeraan" tidak di iktiraf malah mereka dilabel rakyat tiada negara..
Inilah hakikat yang kita harus sedar dalam memahami konteks sebenar perjuangan dalam Islam. Janganlah kita berada dalam keadaan selesa walaupun di negara kita sendiri. Inilah dia cerminan dunia masyarakat Islam. Jika ditanya adakah sebarang bantuan yang dihulurkan bagi meleraikan persengketaan ini. Jawapannya,ya..ada, tetapi adakah pertolongan itu berterusan. Selain itu jika kita hitungkan, mengapa isu umat Islam di Myanmar, selatan Thai tidak kita endahkan? mengapa isu Palestin sahaja yang kita timbulkan. Persoalan di sini...
- Di mana kuasa OIC?
- Mengapa OIC hanya menekankan isu Palestin sahaja?'Bias' kah mereka?
- Di mana bantuan umat Islam sejagat?adakah kerana di Burma tiada tempat suci( sacret place) maka kita tidak perlu ambil peduli..
- Adakah kerana Burma tidak mempunyai sumber minyak tidak seperti palestine maka kita perlu biarkan ia?
- Adakah penentangan dengan Agama Buddha di Burma tidak cukup kuat untuk kita bandingkan dengan Yahudi di Palestine?
- Adakah isu Burma tidak relevan jika dibincangkan?
# Jawaplah soalan-soalan ini dengan mengambil kira apa yang kita sumbangkan kepada agama kita sendiri iaitu Islam dan buatlah penilaian pada diri berapa peratuskah kesedaran kita tentang nasib umat islam serata dunia...renungan buat sahabat dan diri sendiri, InsyaAllah..semoga informasi ini memberi sedikit pengetahuan dan kebaikan buat kita semua.. WaALLAHualam..
No comments:
Post a Comment