:: gambar ni saya dapat dari sis saya..die emailkan, pertama kali tengok, nak tergelak pun ada, tapi tengok banyak2 kali, cantik sangat kalo dorang ni kalo semuanya bertudung..cuba tengok Aishwarya rai ngan Britney, cantik kan?hee.. agak2lah kalo lah dorang tengok gambar dorang di 'EDIT' camni,ape reaksi dorang kan???em, ada dua kemungkinan jek samaada dorang terima ataupun tak..jadi sahabat2 sekalian, kita dah nampak sendirikan keayuan artis2 barat ni kalo dorang bertudung, so, takkan kita taknak jadi seayu dorang kot. Malah, pecayalah, kita akan jadi lebih cantik dan ayu jika kita bertudung dan menutup aurat..walaupun kita tak dapat jadi cam dorang, berbanggalah menjadi diri sendiri dan sesungguhnya wanita yang menjaga kehormatan dan peribadinya akan selalu dilindungi Allah dan sememangnya mahkota yang berharga bagi wanita tidak hanya pada Rambutnya(hee..;)tetapi yang paling penting pada kehormatan dirinya.
Seperti mana yang tercatat dalam Al-Quran:
Seperti mana yang tercatat dalam Al-Quran:
'Wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar).Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani'. ::
(Terjemahan dari surah Al-AHZAB 33:59)
(Terjemahan dari surah Al-AHZAB 33:59)
# Akhirul Kalam buat wanita-wanita sekalian,
semoga hijjab menjadi pakaianmu...
semoga KESUCIAN menjadi amalanmu...
semoga KESOPANAN menjadi perhiasaanmu...
semoga SYURGA menjadi tempatmu...
No comments:
Post a Comment